top of page

KEMEROSOTAN KESULTANAN MELAKA

1.Kelemahan Pemimpin

  • Bendahara Tun Mutahir yang menggantikan Bendahara Tun Perak sebagai Bendahara Melaka bersikap pilih kasih dalam urusan pentadbiran negara. Pengganti Bendahara Tun Mutahir, iaitu Bendahara Tun Perpatih Putih sudah tua dan uzur. Sultan Mahmud Shah pula kurang mengambil berat tentang hal-hal pentadbiran. Baginda telah menyerahkan kuasa kepada puteranya, Sultan Ahmad Shah yang lemah dan tidak cekap.

2.Perebutan Kuasa

  • Perebutan kuasa  berlaku di kalangan pembesar. Bendahara Tun Mutahir melantik saudara-saudaranya memegang jawatan penting dalam pentadbiran. Keadaan ini menyebabkan pembesar  yang  diketuaiii   oleh laksamana  Khoja Hassan tidak berpuas hati. Akibatnya, timbul fitnah terhadap Bendahara Tun Mutahir. Fitnah tersebut menyebabkan beliau dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Melaka.

3.Kelemahan Askar Melaka

  • Semasa menghadapi serangan Portugis. Askar Melaka menggunakan tombak, keris, panah dan sumpit beracun, manakala Portugis menggunakan meriam dan senapang yang lebih canggih. Tentera Portugis pula telah mendapat bantuan dari pangkalan tentera Portugis di Goa, India. Keadaan ini telah melemahkan semangan juang di kalangan Askar Melaka. Selain it, askar upahan Jawa pula melarikan diri daripada medan perang.

4.Rakyat Tidak Setia

  • Kematian Bendahara Tun Mutahir akibat fitnah telah menyebabkan rakyat berpecah belah. Merekka tidak bersatu padu mementang musuh. Portugis dapat menawan Melaka setelah berjaya memusnahkan jambatan sungai Melaka. Kejayaan ini disebabkan oleh si Katol telah membocorkan rahsiia  penting maklumat pertahanan Melakka kepada Portugis.

​

​

KEDATANGAN KUASA LUAR

Kedatangan Portugis

  • Portugis telah datang ke Melaka pada tahun 1509. Pada awalnay kedatangan mereka hanya untuk berdagang. Oleh sebab Melaka menjadi pusat perdagangan rempah dan enterpot yang terkenal, Portugis telah menawan Melaka pada tahun 1511.

Kedatangan Belanda

  • Belanda   telah pun bertindakk di Betawi (Indonesia) semasa menguasai Melaka. Belanda  ingin monopoli kawasan perdagangan di Selat Melaka. Selain itu, Belanda juga hendak menguasai rempah dan bijih timah. Belanda dengan bantuan Johor telah menakluki Melaka pada tahun 1641.

Kedatangan British

  • Semasa Belanda menguasai Melaka, pihak British telah bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786. Namun pelabuhan Pulau Pinang tidak berkembang maju, oleh itu, British hendak menguasai pelabuhan Melaka serta ingin menguasai kawasan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu. Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 18824, British telah dapat menduduki Melaka.

​

Zaman Kejatuhan: Welcome
Zaman Kejatuhan: About
bottom of page