CARA-CARA MELAKA MELUASKAN KUASANYA
Penaklukan
Melaka telah menakluki beberapa buah kerajaan seperti Kampar dan Pahang. Penaklukan ini disebabkan kebijaksanaan Sultan dan Bendahara Melaka melaksanakan peluasan kuasa.
Kerajaan Negeri Lain
Keagungan dan kekuatan Melaka menyebabkan pemerintah Jambi dan Lingga rela berada di bawah naungan kekuasaan Melaka. Naungan ini dapat melindungi negeri-negeri tersebut daripada ancaman siam.
Perkahwinan
Perkahwinan putera dan puteri Sultan Melaka dengan putera dan puteri raja dari Pahang, Kelantan dan Siak telah meluaskan pengaruh Melaka ke negeri-negeri tersebut.
Kebijaksanaan Pemimpin
Sultan Muzaffar Shah
Menjalin hubungan dengan China untuk mengelak serangan Siam dan disegani oleh kuasa lain di Asia Tenggara.
Menguasai Pahang, Inderagiri dan Kampar untuk mendapatkan keperluan bahan mentah bagi Melaka.
Sultan Mansor Shah
Menakluki Siak, Perak dan Rokan.
Berjaya menghalang usaha Pahang, Kampar dan Inderagiri untuk keluar daripada jajahan takluk Melaka.
Bendahara Tun Perak
Mengarahkan pengikutnya membawa bersama keluarga mereka dari Klang ke Melaka untuk menghadappi serangan Siam. Tujuannya adalah untuk memberi semangat.
Mengarahkan askarnya menggunakan perahu kecil sebagai muslihat menentang tentera Siam. Siam akan beranggapan Melaka mempunyai askar yang ramai.
​
​
​
​
​
MELAKA SEBAGAI PUSAT KEGIATAN ILMU
Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, istana merupakan pusat kegiatan ilmu. Istana dijadikan tempat pertemuan ulama, pendakwah dan cendiakiawan Islam. Aktiviti yang dijalankan ialah penulisan, penterjemahan dan penyaduran kitab agama Islam.
Kegiatan penterjemah dan menyadur karya sastera Parsi dan Arab telah dilakukan oleh ulama dan jurutulis. Kegiatan menyadur dan menggubal kitab-kitab perundangan Islam juga dijalankan. Beberapa kitab perundangan seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka telah digubal.
Istana Melaka menjadi tempat penyimpanan buku-buku yang ditulis oleh penulis tempatan dan asing.Istana Melaka juga dijadikan tempat perbincangan dan perdebatan ulama tentang hal-hal agama. Kegiatan ilmu di sitana ini terhad kepada golongan istana dan bangsawan sahaja.
Hukum Kanun Melaka
Merupakan dokumen undang-undang yang mengandungi 44 fasal, kanun ini menghuraikan kedudukan raja, peranan raja dan pembesar serta perundangan Islam.
Undang-undang Laut Melaka
Digubal bagi menentukan peraturan pelayaran dan aktiviti perdagangan.
Istana Melaka menjadi tempat penyimpanan buku-buku yang ditulis oleh penulis tempatan dan asing. Istana Melaka juga dijadikan tempat perbincangan dan perdebatan ulama tentang hal-hal agama. Kegiatan ilmu di sitana ini terhad kepada golongan istana dan bangsawan sahaja.
​
​
PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM
Peranan Pedagang dari Sumatera
Pulau Sumatera menerima Islam pada abad ke 13. Ramai pedagang dari Sumatera telah mengetahui Melaka sebagai sebuah pelabuhan. Oleh itu, pedagang tersebut datang berdagang sambil menyebarkan agama Islam di Melaka.
Pedagang Islam
Pedagang Islam datang dari negara India dan Arab. Di samping berdagang, mereka juga menjalankan kegiatan dakwah.Pendakwah telah mengislamkan Sultan Melaka. Apabila sultan memeluk agama Islam, rakyat Melaka turut memeluk agama Islam. Ada juga pedagang Islam yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Oleh itu agama Islam juga dapat disebarkan.
Peranan Ulama
Pedagang Islam semasa datang ke Melaka telah membawa ulama bersama-sama. Ulama telah menjadi guru agama di Melaka. Ulama ini mengajar dan berdakwah di madrasah dan surau.
​
MELAKA SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN
Pelabuhan Melaka terletak di tengah-tengah jalan perdagangan di antara India dengan China. Kedudukan Melaka selamat daripada tiupan angin kencang monsun barat daya kerana dihalang oleh Pulau Sumatera.